Nasional

Zahid cadang kerajaan bentang ‘Tawaran Baharu’

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyarankan kerajaan membentangkan ‘Tawaran Baharu’ atau ‘New Deal’ sebagaimana Pakej Prihatin Rakyat dan Penjana supaya hala tuju dan pelan yang lebih komprehensif.
Zahid berkata, ia termasuk langkah-langkah penjimatan untuk tempoh dua sehingga tiga tahun diperkenalkan.
“Memandangkan belum ada tanda-tanda wabak Covid-19 akan tamat dalam tempoh dua  hingga tiga tahun ini, perancangan yang teliti, kreatif dan inovatif perlulah diusahakan dengan lebih agresif dengan mengoptimumkan semua tenaga-tenaga pakar, syarikat berteraskan penyelidikan dalam negara selain kerjasama dengan negara-negara luar. Kerajaan perlu berdisiplin meminimumkan kos dan menghasilkan impak terbaik melalui perkongsian sumber ini,” katanya.
Zahid dalam hantaran ke Facebooknya menambah, selain itu, sebarang dasar dan polisi ekonomi yang bakal dibuat kelak hendaklah juga memiliki sifat adil kepada semua pihak, baik kepada komuniti pekerja, majikan, pemilik perniagaan, badan korporat sehinggalah para petani di luar bandar.
“Pembahagian kek ekonomi yang saksama atau ‘Equitable Wealth Distribution’ sangat mustahak bagi memastikan tiada pihak rasa dipinggirkan dalam negara ini,” katanya.
Katanya, sepanjang tempoh wabak covid-19 ini melanda seluruh dunia dan di sebalik laporan berkaitan penutupan perniagaan, kebankrapan beberapa syarikat gergasi, pembuangan pekerja dan sebagainya, tetapi masih ada beberapa industri yang mengaut untung berlipat kali ganda dari kebiasaan terutama Industri yang berkaitan dengan kesihatan.
Kerajaan, katanya, perlu menyemak semula dasar-dasar sedia ada supaya tidak menghimpit industri kecil dan sederhana (SME) untuk membina semula perniagaan di tengah-tengah kesan domino keruntuhan ekonomi dunia. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button