Politik

Zahid antara yang hadir mesyuarat pemimpin PN

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi antara yang hadir pada mesyuarat pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung di Hotel Hiltan, Kuala Lumpur.

Mesyuarat itu diadakan sebelum persidangan parlimen itu turut dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden parti lain seperti Parti Bersatu Sabah, MCA dan MIC turut diwakili turut hadir.

Para pemimpin UMNO sebelum ini melahirkan sikap kurang senang dengan cara Muhyiddin bertindak di dalam PN.

Muhyiddin dituduh cuba melemahkan UMNO di peringkat akar umbi melalui parti Bersatu.

Related Articles

Mesyuarat kali ini diadakan menjelang pembentangan belanjawan pada 6 November dan terdapat 22 usul tidak percaya terhadap kerajaan Muhyiddin.

Keputusan yang diambil amat penting bagi memastikan belanjawan dapat diluluskan kerana PN memerlukan sokongan pembangkang.

Namun jika usul tidak percaya menumbangkan kerajaan PN ia akan menjadi sebaliknya.

Setakat ini pihak pembangkang menyatakan hanya menyokong sebatas bagi meluluskan belanjawan yang sangat penting khususnya untuk melawan pandemik Covid-19, menyantuni rakyat terjejas dan memulihkan ekonomi negara.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button