BeritaHiburan

Yuni Shara mengaku guna alat dibeli dari kedai seks untuk capai klimak

YUNI SHARA seorang artis Indonesia mengaku terpaksa menggunakan alat yang dibeli dari kedai seks bagi mencapai klimak seksual selepas trauma akibat menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Yuni ketika membuat pengakuan mengejut kepada Deddy Corbuzier melalui saluran Youtube berkata, dia masih trauma dengan kedua-dua perkahwinannya sebelum ini sehingga dia tidak berani menjalinkan hubungan dengan jejaka apatah lagi untuk berhubungan badan.

Ibu kepada dua anak itu berkata, semasa menjalani hidup berumah tangga sebelum ini dia hanya meladani suami, tanpa kepuasan, sebaliknya merasakan sangat terseksa akibat sering menjadi mangsa keganasan.

Oleh itu selepas berstatus janda dia telah pergi ke Belanda dan membeli `teman rahsia’ bagi memenuhi keperluan seksualnya, lantaran dia tidak dikenali di negara berkenaan.

Trauma itu membuat Yuni tak pernah dapat merasakan orgasm ketika berhubungan. Tidak hanya dengan suami pertama, ketika berhubungan dengan suami kedua pun, trauma itu masih dirasakan Yuni.

“Setelah tidak dengan itu semuanya (cerai), di umur tua, aku pergi lah ke Holland (Belanda). Aku pergi ke seks shop. Aku tanya-tanya. Kerana tiada yang kenal aku. Ini yang bagus apa. Sejak itu aku ada ‘teman’,” ujar Yuni.

Yuni berkata, dia sudah berusaha pergi ke doktor untuk mengubati trauma yang ia rasakan. Namun sampai sekarang ia masih belum dapat menyembuhkannya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button