Nasional

YTF akan adakan sekurang-kurangnya empat webiner mengangkat martabat wanita

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) berhasrat untuk melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya empat seminar atau webinar sebelum akhir tahun ini yang bertemakan Women in Search of Excellence (WISE) yang bertujuan untuk mengangkat dan memartabatkan lagi golongan wanita dalam sektor-sektor utama.

Demikian diperkenankan oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailaltul Shahreen Akashah Khalil ketika berkenan mempengerusikan mesyuarat Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) tersebut yang diadakan di Boardroom Executive Lounge, Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berangkat sama ialah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Penasihat DiRaja YTF.

Turut hadir ialah Ahli-Ahli Pemegang Amanahnya terdiri daripada Tan Sri Datuk Seri Prof Dr Ng Yen Yen, Datuk Yeoh Soo Min, Datuk M. Rajasekaran dan Datuk Charon Wardini Mokhzani.

Dalam pada itu pihak Yayasan Tuanku Fauziah berperancangan untuk menjalinkan hubungan dengan Kolej Universiti Kepimpinan Wanita Asia (AWLUC) yang mempunyai visi yang sealiran dengan YTF.

YTF juga sedang mempertimbangkan untuk ke peringkat seterusnya bersama pihak AWLUC untuk mengusulkan satu peluang kerjasama baharu dengan pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang Teknologi Agro.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button