YDP Agong bukan kaki U-turn macam pemimpin PH – Najib
HANTARAN FACEBOOK NAJIB
1. Orang PH memang kaki U-turn. Itu fakta dan diketahui umum. Tak boleh nafi dah. Pusinglah macam mana pun.
Tak mustahil jika ada yang telah U-turn sokongan mereka selepas beberapa jam.
Jika dikira semula selepas beberapa jam lagi, mungkin ramai yang sebelum ini buat U-turn sudah O-turn.
Pagi ada sokongan 106, Petang ada 114. Esok pagi mungkin tinggal 104.
2. YDP Agong bukan kaki U-turn seperti orang PH.
3. YDP Agong bersama Majlis Raja-Raja Melayu sudah membuat keputusan setelah seminggu berbincang.
Titah YDP Agong dah dikeluarkan untuk lantik Muhyiddin Yassin sebagai PM ke-8.
4. Jika PH masih tak puas hati dan berdegil untuk panjangkan kemelut politik yang memangnya hasil PH sendiri namun tiada hasil pada rakyat, PH ada dua pilihan:
a) Cabar titah YDP Agong di mahkamah jika berani;
atau..
b) Usulkan undi tidak percaya terhadap PM ke-8 di Dewan Rakyat
Namun kuasa untuk menasihat YDP Agong untuk bubar parlimen kini berada dalam tangan PM ke-8.
Jika PM ke-8 kalah dalam undi tidak percaya ini, dia mungkin akan menasihat untuk bubarkan parlimen dan pulangkan kepada rakyat untuk menentukan.
Selepas bubar, kita jumpa di PRU15. Rakyat tentukan.
Your call.