Ekonomi

Yayasan Bank Rakyat kekal rakan strategik Yayasan Tuanku Syed Putra

25 Oktober 2024.
Kuala Lumpur.

Yayasan Bank Rakyat (YBR) akan terus kekal menjadi rakan strategik Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bagi tahun 2025 yang akan datang nanti.

Yayasan Bank Rakyat merupakan penaja utama bagi beberapa program di Perlis bersama YTSP Perlis pada tahun ini termasuklah Bengkel Ke Arah Jati Diri Yang Cemerlang Untuk Pelajar Terbaik, Cemerlang dan Pengawas Terpilih Di Negeri Perlis 2024 yang diadakan di Pulau Pinang, Kem Jati Diri Untuk Pelajar-Pelajar Terpilih Sekolah Menengah Negeri Perlis 2024 di Kem Rejimen 504 Askar Wataniah Bukit Keteri, serta sumbangan dana bagi projek menaik taraf Pembangunan Fasiliti Terapi Open Gym Universiti Malaysia Perlis (UnimAP) bagi meningkatkan fasiliti pembelajaran anak-anak autistik.

Yayasan ini juga telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi sektor pendidikan negeri.

Demikian menurut kenyataan YTSP Perlis sempena Mesyuarat Lembaga Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur hari ini yang telah dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button