Yang dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini jam 11.46 pagi tadi.
Menurut kenyataan Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, beliau terlebih dahulu menerima rawatan di IJN setibanya di Malaysia pada 6 Mei dari Azerbaijan.
Mutang, 69, melakukan lawatan kerja di negara itu bermula 29 April lalu, pulang lebih awal daripada yang dijadualkan.