Nasional

“Yang berjalan dari Skudai ke Istana Negara tu pemandu teksi, bukan T20,” – Netizen

Sehingga ke saat ini, tindakan Noorazlan Ismail, 49, yang sedang berjalan kaki dari Skudai menuju ke Istana Negara dikecam oleh mereka yang sedang bekerja.

Mereka menuduh Noorazlan sebagai seorang lelaki pemalas, sihat kudrat namun lebih memilih untuk membuang masa dan sengaja mencari perhatian yang dicipta.

Menerusi TikToknya, Noorazlan memaklumkan bahawa dia tidak pernah terfikir bahawa perkara tersebut akan tular namun suka atau tidak, rintangan perlu ditempuhi.

“Saya masih tetap dengan misi saya. Saya tak sangka banyak halangan yang saya kena tempuhi. Saya pun tak terfikir boleh jadi viral macam ni. Tak terlintas langsung di fikiran saya.

“Niat saya satu jer. Nak orang di atas tahu keperitan orang-orang seperti saya di bawah ini,” katanya menerusi satu perkongsian di TikTok.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button