Ya saya dan Bung menangis
“Ya saya dan Bung (Datuk Seri Bung Mokhtar Radin) menangis,” komen Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai kemengan Barisan Nasional di PRK Kimanis.
“Selama 19 bulan UMNO Sabah dilanda musibah demi musibah. UMNO Sabah hampir hancur. Setiap hari kami nazak.
“Kami kehilangan 16 ADUN, 6 MP, 2 Senator dan 22 ketua bahagian dengan kepimpinan lain.
“Tidak ada yang berani memberikan kami peluang.
Tidak ada yang percayakan kami.
“Sebab itu kejayaan malam ini begitu manis sekali. Kami akan bina UMNO Sabah dari bawah dengan kepimpinan yang lebih faham erti sebuah perjuangan,” katanya.
Jentera BN bagi PRK Kimanis digerakkan oleh dua pemimpin tersebut, walaupun kurang pengalaman, tetapi mereka cukup bersemangat dan diatur kemas.
Mereka terpaksa memikul tanggungjawab itu berikutan pemimpin utama parti itu peringkat negeri telah melompat ke parti Warisan dan komponen Pakatan Harapan lain bagi membentuk kerajaan negeri.