Luar Negara

WHO akan siasat punca Covid-19 di Wuhan

SEKUMPULAN pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilapor akan dihantar ke Wuhan, China bagi menyiasat punca penularan Koronavirus (Covid-19) minggu hadapan.

“Kita lawan penularan pandemik Covid-19 dengan lebih baik jika tahu segalanya tentang virus berkenaan dan bagaimana ia bermula.

“Justeru, kita akan menghantar satu pasukan ke China pada minggu hadapan bagi melakukan siasatan terhadap virus tersebut.”

Demikian kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus lapor portal Channel News Asia (CNA) hari ini.

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Setiausaha, Mike Pompeo mendakwa penularan virus tersebut berpunca daripada sebuah makmal di Wuhan, China.

BACA > Covid-19 terlalu jauh untuk berakhir, kematian setengah juta orang – WHO — Suara Merdeka

Bagaimanapun dakwaan sedemikian kekal sebagai spekulasi ekoran tiada bukti menunjukkan berlaku transmisi keluar Covid-19 sama ada secara sengaja ataupun tidak.

Dakwaan itu juga dibuat ekoran makmal di wilayah yang menjadi lokasi pertama penularan Covid-19 dikatakan menyimpan pelbagai spesis virus.

Ia termasuk tiga jenis virus yang berasal daripada seekor kelawar. Namun China sebelum ini pernah menafi dan menyatakan dakwaan tersebut sengaja diada-adakan oleh AS.

Walau bagaimanapun, Trump juga sebelum ini dilaporkan merancang untuk menutup WHO kerana mendakwa badan itu mempunyai hubungan rapat China.

Dakwaan berkenaan dibuat Trump yang diketahui umum mempunyai hubungan dingin dengan China terutama dalam sektor ekonomi sehingga pernah mengenakan sekatan dan cukai yang tinggi kepada negara Tembok Besar itu.

BACA > Singapura turunkan tarif elektrik 15 peratus Julai – September — Suara Merdeka

Beliau pernah melabelkan China dengan perkataan ‘Kung Flu’ sehingga mencetuskan kritikan ramai pihak termasuk Rumah Putih sendiri.

Menurut mereka, label demikian adalah bersifat perkauman dan tidak boleh diterima.

Berhubung insiden itu, Pengarah program kecemasan WHO, Mike Ryan meminta satu perbincangan antarabangsa berhubung pandemik atas dasar saling menghormati.

“Masyarakat seluruh dunia mengecam tindakan terebut (Trump),” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut melaporkan perkembangan pencarian vaksin Covid-19 yang kini masih dalam dalam peringkat kajian.

Ryan juga menyatakan WHO tidak memberi jaminan bahawa vaksin tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Justeru, beliau meminta kerajan seluruh dunia menggunakan strategi pencegahan jangkitan seperti penjarakan sosial dan pengesanan kontak.

Terbaharu, AS mencatatkan peningkatan jangkitan Covid-19 sebanyak 36,390 orang sekali gus menyebabkan jumlah keseluruhan mangsa adalah 2.64 juta.

BACA > Presiden Trump digesa keluarkan arahan pemakaian pelitup muka — Suara Merdeka

Jumlah kematian turut meningkat kepada 128,788 orang apabila 338 mangsa meninggal dunia dicatatkan hari ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button