West Ham duduki tangga teratas EPL, Luton kalah lagi
Jarrod Bowen meneruskan permulaan baiknya musim ini untuk membantu West Ham meraih kemenangan di Luton yang meletakkan mereka di puncak Liga Perdana.
Selepas mendominasi penguasaan bola sepanjang separuh masa pertama, West Ham menemui kejayaan sejurus sebelum separuh masa apabila hantaran lintang Lucas Paqueta ditanduk masuk oleh Bowen, walaupun penjaga gol Luton Thomas Kaminski mungkin merasakan dia sepatutnya melakukan yang lebih baik.
Luton, walaupun tanpa bola untuk tempoh yang lama, menimbulkan ancaman ketika serangan balas dan mencipta lapan peluang pada separuh masa.
Bagaimanapun, mereka gagal mencatatkan percubaan tepat ke sasaran apabila Ross Barkley merembat jauh dua kali dan Carlton Morris – yang telah menjaringkan gol tunggal Luton dalam Liga Perdana musim ini – menanduk ke atas gawang.
Elijah Adebayo dan Morris mempunyai peluang yang baik pada babak kedua tetapi yang pertama mendapat bola di bawah kakinya dan yang kedua melambung dari jarak tujuh ela.
Kurt Zouma menjaringkan gol kedua West Ham pada peringkat penutup dengan tandukan dari pukulan sudut James Ward-Prowse.
Cubaan ke sasaran pertama Luton datang pada minit ke-92 dan menghasilkan penyudah yang tegang apabila pemain pertahanan Mads Andersen menanduk masuk, tetapi The Hammers bertahan untuk catat kemengan dan mendahului liga sebelum memasuki hujung minggu.
West Ham telah memenangi tiga perlawanan terakhir mereka untuk mara ke puncak Liga Perdana manakala Luton, bermain di tempat sendiri buat kali pertama musim ini selepas kelewatan kerja di stadium mereka, berada di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata untuk ditunjukkan daripada tiga perlawanan pembukaan mereka. – BBC