PRK

Wee Ka Siong paling awal ucap tahniah

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong antara yang paling awal mengucapkan tahniah di atas kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis.

“Terima kasih kepada seluruh pengundi Kimanis,” kata Ka Siong.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada calon BN Datuk Mohamad Alamin di atas kemenangan dalam pertempuran satu lawan satu di PRK Kimanis.

“Lebih menggembirakan, PRK di Kimanis ini Barisan Nasional menang dengan majoriti undi yang jauh lebih besar berbanding PRU14 lalu,” katanya.

“Tidak dilupa ucapan terima kasih kepada seluruh jentera semua peringkat BN, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Progresif Sabah (SAPP), PAS, Friends of BN, anak-anak muda dan para penyokong BN,” katanya.

Kemenangan BN buat lima kali berturut-turut dalam PRK sejak PRU14 pada 9 Mei 2018 lalu, kata beliau membuktikan bahawa rakyat benar-benar muak dan tidak yakin lagi dengan pemerintahan Pakatan Harapan dan Parti Warisan di peringkat Negeri.

“Biarpun PH dan Parti Warisan menabur macam-macam peruntukan, walaupun PH memiliki kekuatan jentera kerajaan termasuk media utama, tetapi rakyat sudah bijak memilih wakil rakyat mereka.

“Mesej rakyat di Kimanis ini sama seperti di Semenyih, Rantau, Cameron Highlands dan Tanjung Piai iaitu, rakyat benar-benar terluka dengan kerajaan PH yang bukan saja gagal menunaikan janji manifesto bahkan juga gagal menjaga hak dan kepentingan rakyat.

“Saya yakin dan percaya Datuk Mohamad Alamin akan menjadi seorang wakil rakyat yang berwibawa dalam memperjuangkan nasib warga Kimanis serta menjalankan semak dan imbang kerajaan PH,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button