Analisis

Wawancara dengan Perdana Menteri

PERDANA Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob kata, kenyataan bahawa Parti BERSATU akan menarik sokongan daripada Kerajaan adalah satu kenyataan oleh seorang individu, bukannya pendirian parti.

Sekiranya ini menjadi kenyataan, Perdana Menteri kata, “kita tiada pilihan dan akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri Ismail Sabri juga mengesahkan bahawa perjumpaan telah diadakan dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung  parti BERSATU dan Datuk Samsuri (PAS), Bendahari Perikatan Nasional (PN) kelmarin iaitu pada 4 Ogos 2022 yang lalu.

Tuduhan perjumpaan tidak diadakan adalah berita yang tidak benar.

Ini analisis saya:

Betul dan tepat. Perjumpaan antara Perdana Menteri Ismail Sabri dengan Hamzah dan Samsuri telah diadakan pada hari Khamis, 4 Ogos 2022, pukul 1 tengah hari.

Butiran atau detail perbincangan tersebut tidak dihebahkan kepada umum.

Artikel dari The STAR adalah tidak tepat.

Ugutan untuk menarik sokongan daripada Kerajaan hari ini dilakukan oleh individu pemimpin dari Parti BERSATU. Bukan satu pendirian rasmi Parti BERSATU ataupun dari Perikatan Nasional (PN).

Kita tunggu perkembangan seterusnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button