HiburanNasionalpilihan

Watie punyai ciri-ciri yang sesuai, anak-anak dan ibu pun selesa – Shuib

Baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu mengesahkan dia kini sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang usahawan bernama Watie.

Memetik Astro Gempak, Shuib mengakui dia keluar makan dengan Watie di sebuah restoran mewah baru-baru ini selepas tular foto memaparkan pantulan imej seorang wanita.

“Ya, saya keluar dinner dengan wanita bernama Watie. Ketika itu, kami dinner bersama anak-anak saya, Matin dan juga Talita.

“Sebelum ini, memang saya ada nafikan hubungan bersama Watie sebab malas nak besar-besarkan cerita. Tapi dah ternampak pula reflection di cermin, jadi tak perlulah kot sorok-sorok.

“Kami belum ada apa-apa perancangan. Baru peringkat awal, baru kawan-kawan. Nak tengok juga anak-anak macam mana, family macam mana,” katanya.

Ditanya sama ada Watie mempunyai ciri-ciri wanita yang sesuai untuk dirinya dan anak-anak, Shuib memohon untuk mendoakan yang baik-baik.

“Insya-Allah saya nampak dia ada ciri-ciri itu. Nampaknya anak-anak selesa dan paling penting, mak saya selesa dengan dia. Untuk hal akan datang, saya cuma mohon doakan baik-baik. Tak kisah dengan siapa pun saya berkawan, saya mohon doakan terbaik untuk saya dan keluarga,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button