Kemalangan

Warga emas maut tercampak di besi pembahagi jalan

Seorang warga emas maut selepas motosikal dinaiki terbabas di tengah jalan di KM 181 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.00 tenghari itu, mangsa S.Sukumar, 67, yang menunggang motosikal datang dari Johor Bahru menghala ke Melaka.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, sewaktu tiba di tempat kejadian motosikal jenis Honda Future berwarna biru yang ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas.

“Mangsa tercampak di besi pembahagi jalan dan mendapat kecederaan parah di kepala dan badan serta meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button