Jenayah

Wanita warga emas dipedaya kekasih FB R M61,500

TERPEDAYA dengan kata-kata manis seorang lelaki yang dikenali menerusi laman sosial Facebook selama beberapa bulan, seorang wanita warga emas mendakwa dia kerugian RM61,500 selepas dipedaya oleh lelaki berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 73 tahun mendakwa mula berkenalan dengan suspek sekitar April dan hubungan itu semakin rapat sehingga menjadi pasangan kekasih.

“Mangsa mendakwa pada penghujung November lepas, suspek menyatakan hasrat untuk meminjam wang sebanyak RM100,000 kerana berdepan masalah kewangan dan akan memulangkannya semula apabila keadaan semakin baik.

“Atas dasar percaya, mangsa meminjamkan wang RM61,500 yang dimasukkan ke dalam akaun diberikan suspek menerusi mesin deposit tunai (CDM) sebanyak empat kali dengan transaksi terakhir dibuat pagi semalam,” katanya.

Mohd. Wazir berkata, mangsa mendakwa hanya mengetahui dirinya ditipu selepas dihubungi pihak bank pada petang semalam bagi membuat semakan selepas melihat transaksi pengeluaran simpanan dalam jumlah yang besar.

Related Articles

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bentong semalam, katanya.

Beliau menambah, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button