Nasionalpilihan

Wanita tumbuk polis, lari dari sekatan jalan raya didapati positif ganja

DUA wanita ditahan kerana menumbuk polis dan lari dari sekatan jalan raya di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang kira-kira pukul 2.10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, kereta tersebut tidak berhenti dan terus memecut menuju ke Jalan Universiti, Petaling Jaya.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek berjaya ditahan di Jalan Universiti dan ketika pemeriksaan dilakukan, pemandu enggan memberi kerjasama dan bertindak menumbuk anggota polis.

“Ujian saringan kandungan alkohol yang dilakukan terhadap pemandu juga didapati positif dan melebihi paras yang ditetapkan.

“Saringan air kecing juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis ganja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Fakhruddin, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama dua hari bermula hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button