Nasional

Sabah ke Fasa 2 PPN Sabtu ini, kata Timbalan Perdana Menteri

NEGERI Sabah akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara berkuatkuasa mulai 10 Julai.

Keputusan tersebut diambil dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Sidang khas berkenaan telah meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri-negeri di bawah Pelan Pemulihan Negara oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

“Setelah semua agensi terlibat termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneliti nilai-nilai ambang negeri ini, Sidang Khas MKN bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi negeri Sabah daripada fasa 1 ke fasa 2 berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama yang telah ditetapkan,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diwujudkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Hospital medan tersebut bagi menyokong kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan di negeri Selangor yang mencatatkan kes Covid-19 secara mendadak dan peningkat jumlah kluster.

“Mesyuarat juga bersetuju untuk mewujudkan Hospital Medan ATM di negeri Melaka untuk menyokong sistem perkhidmatan kesihatan di negeri tersebut ketika ini.

“ATM akan berbincang dengan lebih lanjut bersama KKM untuk memperincikan semua keperluan bagi menentukan pembukaan hospital medan ATM di negeri ini dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu 11 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula 10 Julai sehingga 23 Julai.

Kawasan yang terlibat adalah Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir, Kampung Gong Pasir dan Taman MAIDAM di Mukim Sura, Dungun, Terengganu serta Mukim Bidor dan Mukim Batang Padang di Batang Padang, Perak

Turut dikenakan PKPD adalah Kampung Mangkubau Laut, Pitas; Ladang Sabah Mas Division Segama, Lahad Datu; Felda Umas 1, 3 dan 4, Kalabakan serta Fasa 4B, Taman Bukit Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

PKPD di Kawasan Perindustrian Bestgrade, Pokok Sena, Kedah yang dijadualkan tamat pada 9 Julai dilanjutkan sehingga 23 Julai.

Sementara itu PKPD di Kampung Muhibbah, Menggatal, Kota Kinabalu; Flat Indah Jaya, Sandakan, Sabah dan Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah ditamatkan esok.

Ismail Sabri turut mengumumkan penamatan awal PKPD di Asrama Pekerja Warga Asing, Jalan Rivera, Tanjung Agas, Tangkak, Johor yang dijadualkan tamat pada 13 Julai serta di Asrama Pekerja Warga Asing dan Kawasan Kilang Wah Cens Plastic Industries and Metal Sdn Bhd, Buloh Kasap, Segamat, Johor yang dijadualkan tamat pada 16 Julai.

PKPD di kedua-dua lokaliti tersebut ditamatkan bermula 11.59 malam esok.-SM

 

 

(Visited 214 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button