Nasional

Wanita Thailand paling tinggi curang

MENURUT kajian kaji selidik dari Bedbible Research Centre, mendapati Thailand wanita dari negara Thailand paling ramai curang lapor laman berita Thaiger.

Kaji selidik mengenainya  oleh laman Bedbible Research Centre itu mendedahkan bahawa 51 peratus responden di Thailand mengaku mereka tidak setia kepada pasangan masing-masing.

Ia sebahagian besarnya berpunca daripada budaya setempat seperti poligami serta kepesatan industri seks.

Kaji selidik mengenainya  oleh laman Bedbible Research Centre itu mendedahkan bahawa 51 peratus responden di Thailand mengaku mereka tidak setia kepada pasangan masing-masing.

Denmark muncul di tempat kedua dengan 46 peratus responden mengaku curang kepada pasangan diikuti Jerman (45 peratus), Itali (45 peratus) dan Perancis (43 peratus).

Sementara itu, dari segi faktor yang membawa kepada kecurangan, alasan paling kerap diberikan adalah perasaan marah, kurang keyakinan diri, kekurangan kasih sayang dan keinginan untuk mempunyai pelbagai pilihan.

Bagaimanapun, mereka yang curang mengaku masih menghargai monogami, dengan motivasi ke arah itu berbeza mengikut jantina.

Kaum lelaki sering curang apabila berasa diri tidak disayangi, manakala wanita menipu apabila berasa mereka tidak lagi menarik.

Kaji selidik sama turut mendapati  seramai 21 peratus lelaki curang kepada pasangan mereka berbanding hanya tujuh peratus  wanita.

Lebih mengejutkan, kumpulan umur yang paling banyak curang adalah 58 tahun iaitu sebanyak 20 peratus.

Berikut merupakan 10 negara paling banyak pasangan curang berdasarkan kaji selidik tersebut:

  1.   Thailand (51 peratus)
  2.   Denmark (46 peratus)
  3.   Jerman (45 peratus)
  4.   Itali (45 peratus)
  5.   Perancis (43 peratus)
  6.   Norway (41 peratus)
  7.   Belgium (40 peratus)
  8.   Sepanyol (39 peratus)
  9.   Finland (36 peratus)
  10.   United Kingdom (36 peratus)

Kreadit : Kosmo

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button