Politik

Wanita PKR tubuh tabung 30WREPS, bantu wanita jadi calon pilihan raya

SAYAP wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menubuhkan Tabung 30WReps khusus untuk membantu parti melengkapkan kuota 30% calon wanita.

Menurut kenyataan, Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek mengumumkan inisiatif penubuhan tabung berkenaan dengan dana permulaan RM50,000 bagi misi mempersiapkan calon wanita menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
“Penubuhan tabung ini adalah perintis kepada tindak susul daripada Program Pemantapan Representasi Wanita Dalam Parlimen yang berlangsung di Hotel Pulse Grande Hotel, Putrajaya hari ini.
“Program ini bertujuan memulakan kempen dalam KEADILAN untuk mencalonkan sekurang-kurangnya 30% wanita bertanding dalam PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” kata kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, Fadhlina mensasarkan dana dalam tabung berkenaan akan meningkat daripada RM50,000 kepada ratusan ribu menjelang PRN atau tarikh Kongres Nasional KEADILAN yang dijadualkan pada tahun hadapan.
Jelas Fadhlina, komitmen mengisi tabung tersebut perlu dilakukan secara bersepakat bersama dengan anggota-anggota Wanita PKR di seluruh negara.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian Program `Run To Win Change Malaysia’ Wanita PKR yang mempersiapkan calon wanita berkualiti bagi melengkapkan kuota 30% calon Wanita PKR.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button