Luar Negara

Wanita Mesir tuntut cerai kerana suami sering berseluar dalam di rumah

SEORANG wanita Mesir memohon cerai selepas dua bulan berkahwin kerana suaminya yang sering memakai seluar dalam ketika berada di rumah.

Menurut laporan Gulf News, wanita itu telah meminta suaminya untuk memahami perasaannya dan untuk menjaga ‘maruah’ tetapi dia enggan mendengar.

“Saya sering berkata kepadanya bahawa saya memerlukan lebih banyak masa untuk membiasakan diri melihat dia memakai seluar dalam dan juga supaya saya boleh mengatasi rasa malu saya tetapi tidak berjaya,” katanya.

Suaminya, bagaimanapun memberitahu bahawa dia selesa berada di rumah sendiri dan itu termasuklah memakai pakaian minimum.

Pasangan itu kemudian berbincang dan mencapai kompromi di mana suami memberitahu isteri untuk pergi ke rumah ibu bapanya untuk seketika waktu bagi memikirkan semula masalah mereka sebelum membuat keputusan.

“Saya pergi ke rumah keluarga saya dan menunggu dia untuk menghubungi saya atau bertanya tentang saya, tetapi dia tidak pernah melakukannya.

“Kecuaiannya tentang perasaan dan emosi saya mendorong saya untuk memfailkan kes perceraian dengan mahkamah keluarga,” katanya.

Kes itu masih dalam pertimbangan mahkamah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button