Nasional

Wanita Kelantan bukan Islam didenda kerana memakai seluar pendek

MAJLIS Perbandaran Kota Baru (MPKB) mengesahkan seorang wanita Kelatan bukan Islam telah dikeluarkan notis kompaun semalam kerana memakai pakaian tidak sopan.

Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) mengesahkan seorang wanita Kelatan bukan Islam telah dikeluarkan notis kompaun semalam kerana memakai pakaian tidak sopan. – Gambar ihsan MPKB

Wanita berusia 35 tahun itu yang menjalankan perniagaan pakaian, dikenakan kompaun itu semasa pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa majlis itu.

Yang Dipertua MPKB Rosnazli Amin berkata pegawai-pegawai itu pergi ke kedai itu yang terletak di Jalan Merbau kira-kira jam 11 pagi.

“Pemilik bukan Islam itu didapati memakai seluar pendek di tempat awam dan untuk itu, dia telah diberi kompaun,” katanya ketika dihubungi.

Rosnazli berkata, wanita itu didapati melakukan kesalahan di bawah 34(2)(b) Undang-undang Kecil Perniagaan dan Perdagangan Perindustrian 2019.

“Undang-undang kecil ini sudah lama wujud dan ramai penduduk tempatan termasuk bukan Islam memahaminya,” tambahnya.

Difahamkan, wanita itu diberi tempoh tujuh hari dari tarikh notis dikeluarkan, untuk menyelesaikan kompaun atau berdepan tindakan undang-undang.

Turut difahamkan, saudara wanita itu memuat naik notis kompaun itu di media sosial semalam sehingga mencetuskan kemarahan netizen.

Baca juga : Rakyat Malaysia perlu pulang ke tanah air jika keadaan bertambah buruk di Rusia, kata TPM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button