Luar Negara

Wanita kahwin dengan warna pink setelah empat dekad ‘bercinta’

SEORANG wanita di Amerika Syarikat telah mencipta sejarah baru apabila dia berkahwin, bukan dengan manusia, tumbuhan atau haiwan, tetapi dengan warna merah jambu.

Perkahwinan tersebut berlaku dalam upacara pelik dan aneh selepas ‘kedua-duanya’ telah ‘bercinta’ selama lebih 40 tahun.

Menurut laporan Mirror, pengantin perempuan, Kitten Kay Sera, dikenali sebagai orang paling merah jambu di dunia.

Sebelum ini, dia telah menjadi tajuk utama pada tahun 2018 kerana diketahui telah membelanjakan lebih £1 juta untuk rumah dan almari pakaian monokromatiknya.

Kini, dia kembali menjadi berita hangat selepas berkahwin dengan warna merah jambu.

Dalam majlis itu, Kitten memakai pakaian warna merah jambu, tiba dengan Chevrolet merah jambu, dan menghadiahkan dirinya dengan cincin merah jambu.

Dalam sebuah posting di Instagram, Kitten berkongsi hari terbesar dalam hidupnya kepada peminat.

Dia turut menunjukkan gambar kek perkahwinannya, yang dihiasi dengan aksesori angsa merah jambu.

Kitten turut mengatakan bahawa dia telah ‘bercinta’ dengan warna merah jambu selama empat dekad dan berfikir sekarang adalah waktu yang tepat untuk merealisasikan hubungannya.

Hubungan ‘cinta’ Kitten bermula secara tidak sengaja pada hari jadinya yang ke-20, ketika dia cuba memikirkan apa yang hendak dipakai ke majlisnya.

Dia memakai pakaian berwarna merah jambu dan skirt kembang merah jambu, kasut merah jambu dan aksesori merah jambu.

“Saya rasa luar biasa. Saya fikir, jika memakai merah jambu sebanyak itu boleh membuatkan saya berasa hebat, mengapa tidak memakai merah jambu setiap hari?” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button