Luar Negara

Wanita dibaham jerung putih di Central Plettenberg Bay

KEASYIKAN seorang wanita berenang di Central Plettenberg Bay, Australia bertukar menjadi tragedi malang bagi dirinya apabila diserang dan dibaham dengan ganas oleh seekor ikan jerung putih.

Mangsa yang berusia 39 tahun itu diserang secara tiba-tiba dan menjerit cuba meminta tolong daripada orang ramai yang berada di pantai tersebut.

Orang ramai yang berada berdekatan persisir pantai itu bagaimana pun gagal menyelamatkan mangsa.
Mayat mangsa ditemukan kira-kira 50 kaki dari pantai oleh anggota penyelamat pantai.

Menurut seorang saksi, ketika kejadian, beberapa orang menjerit apabila melihat kejadian tersebut.

“Ketika itu cuaca mendung. Saya dengar ramai yang menjerit mengatakan ada seorang wanita digigit oleh seekor jerung bersaiz besar.

“Namun tidak ramai yang dapat membantu wanita tersebut kerana keadaan hura-hara dan jerung tersebut semakin menganas,” kata saksi.

Susulan kejadian yang berlaku pada awal pagi tadi, pihak penyelamat meminta semua pelancong atau pengunjung supaya berhati-hati apabila mandi di Plettenberg Bay. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button