Politik

Wan Saiful salahkan media kurang beri liputan perbahasan dasar Ahli Parlimen pembangkang

KALAU tidak pandai menari, jangan salahkan papan jongkang jongket. Itu sepatutnya dalam benak seorang pemimpin dari parti Bersatu yang menyalahkan kurangnya liputan media mengenai perbahasan dasar oleh Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyebabkan timbul dakwaan mengatakan isu dibangkitkan pembangkang ‘tiada isi’.

Wan Saiful Wan Jan yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor ini berkata, media jarang melaporkan mengenai Ahli Parlimen pembangkang apabila mereka menyentuh isu yang lebih berat di Dewan Rakyat seperti isu rakyat, ekonomi, tadbir urus dan hal ehwal antarabangsa.

Dakwaan itu tidak tepat dan sepatutnya Wan Saiful merenung kembali sepanjang tahun lepas, apakah media jarang-jarang melaporkan mengenai Ahli Parlimen pembangkan.

Melainkan isu yang dibawa oleh Ahli Parlimen pembangkan yang berkenaan remeh dan tidak mencerminkan kepentingan rakyat jelata.

Wan Saiful yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu menggesa media memberikan liputan yang lebih menyeluruh terhadap Ahli Parlimen pembangkang apabila mereka berbahas dan membahaskan dasar kerajaan.

Mudah bagi beliau menunding jari ke arah media sedangkan liputan yang diberikan kepada kelompok Ahli Parlimen pembangkang, tetap ada.

“Media harus menyediakan laporan yang tepat mengenai apa yang diungkapkan oleh Ahli Parlimen pembangkang,” katanya seperti mana yang dilaporkan oleh portal berita FMT.

Bekas ketua penerangan Bersatu itu mengulas dakwaan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua bahawa isu yang dibangkitkan oleh pembangkang di Dewan Rakyat “tidak berisi”.

Wan Saiful perlu menerima kenyataan itu dan akur jika tiada liputan diberikan oleh pihak media andaikata isu tidak berisi seperti mana dijelaskan awal-awal perenggan di atas.

Pua yang merupakan wakil DAP itu berkata, topik yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen pembangkang kebiasaannya hanya satu dimensi dan sentiasa mengenai kaum, agama, alkohol, atau pemakaian

Bagaimanapun, Wan Saiful berkata, dakwaan Pua adalah selektif dan melulu serta bertujuan untuk memberi gambaran buruk kepada PN.

Sementara itu, seorang bekas Ahli Parlimen, Eddin Syazlee Shith menyanggah pandanan Pua.

Beliau berkata, Pua tidak seharusnya memandang remeh terhadap isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen pembangkang kerana semuanya melibatkan kepentingan rakyat dan kestabilan politik.

Tambah Eddin, isu yang dibangkitkan adalah membina dan berdasarkan kebimbangan akar umbi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button