Nasionalpilihan

Wallahi saya tak cium kaki sesiapa, hati saya terluka dengan Caprice – Ebit Lew

‘WALLAHI, saya tak pernah cium kaki Menteri Luar Palestin, Dr. Mahmoud El Mahdoun.”

Itu yang diberitahu pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkenaan tuduhan yang dilemparkan penyanyi rap, Caprice, terhadap dirinya.

Menurut Ebit, dia cuma memaklumkan kepada Dr Mahmoud yang dia akan pulang pada esok hari dan menteri itu datang ke biliknya.

“Dr Mahmuod yang datang ke bilik saya dan ucapkan terima kasih. Kebetulan saya orang pertama yang masuk ke Gaza dan dia meraikan saya.

“Cium kaki itu memang tidak berlaku. Takkanlah saya nak cium kaki dia,” kata Ebit.

Jelasnya, sijil Muhibbah Palestin itu pun diberikan oleh Dr Mahmoud dan bukannya dibeli. Itu adalah sebagai tanda penghargaan kepadanya dan pasukannya.

Menjawab persoalan mengapa dia menyekat akaun Instagram Caprice, jelas Ebit, dia sebenarnya terluka hati dengan penyanyi tersebut.

“Saya pergi ke Gaza kerana ini adalah perjuangan yang ayah saya suruh pergi. Bapa saya ketika itu sedang sakit dan saya juga diberikan kebenaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk bertemu ayah.

“Saya pakai sut penuh PPE dan Alhamdulillah, saya dapat jumpa dengan ayah. Ketika itu saya sudah disahkan negatif Covid-19 dan ayah juga sama.

“Caprice mesej saya dan beritahu saya tak sepatutnya muat naik ke media sosial kerana ramai lagi orang lain yang tak dapat jumpa ayah mereka.

“Saya dah minta kebenaran dan KKM yang berikan kebenaran. KKM siap muat naik status mohon doakan kesihatan ayah saya. Punyalah baik.

“Tetapi Caprice marah saya. Terluka hati saya. Saya sampai ambil telefon dan lontar ke tepi. Kemudian dia laporkan pula kepada Kerajaan sehingga saya disoal siasat selepas itu.

“Sebelum itu dia tegur pasal patung. Kemudian tegur pasal saya melawat ayah saya. Saya sedih, sebab dia macam kawan.

“Ayah tengah nazak, bukan lawat biasa. Bagi saya ia melampau dan sedih. Kemudian ayah saya meninggal dunia. Itu sebab kenapa saya sekat akaun Instagram dia,” katanya

Menurut Ebit, ayahnya juga tahu apa yang berlaku dan tuduhan yang dilemparkan Caprice dan Nadir sebelum meninggal dunia.

Dalam pada itu, Ebit juga menafikan dia melarikan dokumen yang dirancang bersama Caprice, Neelofa dan suaminya, PU Riz untuk masuk ke Gaza.

“Wallahi saya tidak berbincang dengan sesiapa pun untuk masuk ke Gaza. Saya bersama pasukan saya dan ada bertanya kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

“Kemudian saya dibantu pula oleh Kementerian Luar, Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Mesir,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button