“Walaupun saya umur 97 tapi hati saya ini masih lagi dengan perjuangan orang Melayu” – Tun M
Tokoh pemimpin politik negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad meneruskan langkahnya untuk bersama parti PUTRA bagi memastikan perjuangannya demi orang Melayu dapat disempurnakan.
Hal ini demikian kerana sejak kebelakangan ini, nasib orang-orang Melayu berada pada tahap yang cukup menduka citakan selain hilang banyak penguasaan yang cukup penting.
Antaranya, orang Melayu kehilangan tanah, mundur dari segi ekonomi dan pendatang asing pula menjadi tauke akibat perangai orang Melayu yang mementingkan diri sendiri.
Tambahan pula, UMNO sebagai parti dominan orang Melayu selama ini telah gagal dan hilang kepercayaan ramai sehingga terpaksa bekerjasama dengan musuh politik seperti PKR serta DAP.
Maka setelah meninggalkan parti Pejuang yang ditubuhkan beliau, Tun M melihat tindakan untuk bersama parti PUTRA adalah paling tepat kerana ia merupakan platform yang terbaik.