AgamaNasional

Wakil media antara 160 petugas Lembaga Haji berlepas ke tanah suci

SERAMAI 160 petugas Lembaga Tabung Haji (TH) Musim Haji 1444H/2023M berlepas ke tanah suci hari ini sebagai persediaan awal bagi menyantuni jemaah haji dari Malaysia. Antara kumpulan yang berangkat pada hari ini termasuklah petugas kebajikan, perubatan, beberapa agensi luar dan wakil media.

Keberangkatan semua petugas dilakukan secara berperingkat melalui beberapa siri penerbangan sepanjang fasa pertama operasi haji tahun ini.

GAMBAR tangkap layar Facebook Tabung Haji.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, secara keseluruhan seramai 670 petugas haji akan digerakkan ke Arab Saudi untuk menjalankan operasi haji tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, 340 orang adalah petugas kebajikan, perubatan (296), dan selebihnya adalah daripada agensi luar seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan wakil media.

“Kumpulan pertama yang terdiri daripada 16 petugas perubatan dan petugas teknologi maklumat (IT) telah berlepas pada Jumaat, 12 Mei lalu dan akan disusuli dengan tiga kumpulan besar pada hari ini (14 Mei), 18 Mei, dan 20 Mei 2023,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Penerbangan pertama bagi jemaah haji negara adalah pada 21 Mei 2023 manakala penerbangan pulang terakhir adalah pada 1 Ogos 2023.

Sebanyak 98 penerbangan sewa khas akan digunakan untuk membawa semua jemaah haji Malaysia yang melibatkan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan Saudia.

Sementara itu, lapan stesen berlepas akan digunakan untuk jemaah haji di seluruh Malaysia bagi urusan melapor diri.

Antara stesen berlepas termasuklah di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kedah, Bayan Lepas, Senai, Kuching, Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – SM

BACA Bakal haji perlu persiap diri sebaiknya – Pemangku Raja Perlis

BACA Jemaah haji dinasihat jaga kesihatan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button