Hiburan

Wajah Pembantu Peribadi Fify Azmi, Kak Nora Yang Songlap RM15,000 Didedahkan!

Pelakon Fify Azmi, 32, membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya mendakwa ditipu seorang wanita yang juga pembantu peribadinya.

Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi berkata, individu itu mengambil bayaran berjumlah RM15,000 bagi pihaknya secara senyap-senyap untuk projek bersama sebuah syarikat produksi.

“Sepatutnya bayaran itu dimasukkan terus ke dalam akaun peribadi saya. Bagaimanapun, dia secara senyap-senyap berurusan dengan akauntan syarikat itu dan menyuruh pembayaran dibuat kepadanya.

“Selama lebih dua bulan terbabit dalam projek itu, saya terdetik untuk bertanya mengenai pembayaran itu kepada syarikat terbabit. Namun, mereka memaklumkan sudah membuat tiga kali bayaran berjumlah RM15,000 kepada wanita itu.

“Memang saya bengang kerana tidak dimaklumkan langsung pun mengenai urusan pembayaran itu. Bila tanya kepadanya, macam-macam alasannya menipu kata tak dapat bayaran itu,” katanya.

Fify yang juga pelakon filem Wira itu berkata, wanita terbabit mengambil kesempatan di atas kebaikannya. Katanya, dia meletakkan kepercayaan kepada pembantu peribadinya itu kerana sudah lebih dua tahun berkerja dengannya.

“Kalau ikutkan, saya memang tak nak pembantu peribadi, tapi saya beri peluang kepadanya untuk bekerja kerana pengalamannya walaupun memang ada dengar perkara negatif mengenainya.

“Tak sangka pula bila diberi peluang, dia ‘kencing’ saya. Wang itu hasil penat-lelah saya bekerja, mana sifat berperikemanusiaan dengan menipu sampai begitu?” katanya.

Fify berkata, laporan itu dibuat sebagai jalan terakhir supaya wanita itu tampil memberikan kerjasama dan mengembalikan wang miliknya.

“Saya tak nak besar-besarkan hal ini. Sebenarnya sebelum ini pun dia ada buat hal juga tapi saya beri peluang dan kini dia cuba bodoh-bodohkan saya pula.

“Saya harap perkara ini jadi peringatan buat semua rakan industri lain sebelum terkena. Terima kasih juga buat yang menasihatkan saya sebelum ini mengenai sifat sebenar wanita itu,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button