Wabak COVID-19 dijangka berakhir Jun di Indonesia
PENYELIDIK dari Institut Teknologi Bandung (ITB) meramalkan kes korona atau wabak COVID-19 di Indonesia akan berakhir pada akhir Mei hingga awal Jun ini.
Ini bermakna penularan wabak membunuh ini hanya akan berakhir menjelang orang ramai pulang ke kampung cuti Lebaran.
Dr Nuning Nuraini bersama dengan Kamal Khairudin S dan Dr Mochamad Apri yang terlibat dalam membuat kajian itu berkata, ia berdasarkan trend penyebaran kes di seluruh dunia dan usaha bagi membendungnya.
Nuning lapor agensi berita Antara berkata, kajian menggunakan model Richards Curve.
Pada tahun 2003, model ini berjaya membuat jangkaan tepat berkaitan penularan wabak SARS di Hong Kong.
BACA:
- COVID-19: Indonesia lapor 58 kematian, 790 kes positif
- Sabah sekat perjalanan di sempadan Malaysia-Indonesia mulai hari ini
Model Richards Curve ini kemudian diuji pada data kes COVID-19 dari berbagai negara, seperti China, Itali, Iran, Amerika Syarikat, Korea Selatan, dan data akumulatif di seluruh dunia.
Dari hasil uji tersebut, model Richards Curve Korea Selatan memiliki kesalahan paling kecil apabila dibandingkan dengan data kes COVID-19 di Indonesia. Kesesuaian tersebut terjadi ketika kes positif COVID-19 di Indonesia berjumlah 96 orang.
Nuning menjelaskan apabila Indonesia memiliki kualiti penanganan yang sama dengan Korea Selatan, kesimpulan yang dihasilkan seharusnya sama dengan hasil penelitian pasukannya.
Namun, beliau menambahkan perkara tersebut tidak mudah. Ia adalah kerana Korea Selatan termasuk salah satu negara yang memiliki sistem penanganan COVID-19 paling baik di dunia.
Oleh itu, menurut Nuning, apabila merujuk model matematik yang dibangun, termasuk memperhatikan faktor-faktor penting lain, perlu dilakukan pencegahan penyebaran COVID-19 supaya tidak semakin meluas.
Kematian akibat wabal Covid-19 di Indonesia semalam (Rabu, 25 Mac) sebanyak 98 orang dengan sejumlah 790 kes positif koronavirus.
“Terdapat 105 kes baharu (COVID-19) di beberapa wilayah sejak petang semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 790 kes hari ini,” kata Achmad Yurianto, jurucakap kerajaan mengenai masalah berkaitan COVID-19, lapor Anadolu Agency.
Menurut Achmad, seorang pulih dari jangkitan wabak itu, dengan jumlah yang sembuh kepada 31 kes.- AGENSI