Nasionalpilihan

Viral buah murah, peniaga diberi amaran, kompaun RM200

Tindakan seorang peniaga mempamerkan harga buah mangga murah mengelirukan pengguna yang viral di media sosial membawa padah apabila dia diberikan amaran oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bagaimanapun, peniaga buah di Masjid Tanah, Melaka itu dikenakan kompaun RM200 atas kesalahan di bawah Akta Timbang Sukat 1972 kerana timbang yang digunakan oleh peniaga itu telah tamat tempoh tentusahan.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, kes itu terbongkar setelah tular di
media sosial mengenai penjual buah itu didakwa menipu pembeli dengan mengiklankan harga buah murah tetapi apabila pembeli membelinya ditawarkan harga lebih mahal.

Menurutnya, bertindak daripada itu anggota penguatkuasa KPDN telah menyerbu peniaga tersebut dengan menyamarkan sebagai pembeli.

“Sejak minggu lepas satu isu viral di media sosial menyatakan berlaku
penipuan iklan dilakukan oleh penjual buah di Masjid tanah.

Related Articles

“Hasil serbuan mendapati berlaku salah faham berkaitan iklan berkenaan yang berkait dengan pelbagai jenis buah yang dijual.

“Namun peringatan tegas telah diberikan kepada peniaga terbabit agar
mempamerkan tanda harga yang jelas dan tepat pada setiap jenis barangan yang dijual,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Norena turut mengingatkan kepada semua peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.

Katanya, pegawai penguatkuasa KPDN sentiasa bersedia dan akan melakukan pemantauan bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang berlaku. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button