Berjaya Land Berhad berjaya tuntut Sanusi mohon maaf dan bayar RM200 juta
Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Che Yioun dan Berjaya Land Berhad (Bejaya) menuntut permohonan maaf secara terbuka dan pampasan ganti rugi RM200 juta daripada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Ia susulan dakwaan Menteri Besar Kedah itu membuat kenyataan berunsur fitnah dan tidak benar mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
Muhammad Sanusi dikatakan menyampaikan ucapan berbaur politik fitnah dan palsu yang tidak berasas dan tanpa bukti dengan tujuan menggugat Vincent dan Berjaya Land secara langsung atau tidak langsung.
Ia berkaitan projek terbabit ketika ‘Jelajah Mega PN (Perikatan Nasional) Best dan PN Best Sayangi Kedah Sejahtera Mega Tour,’ pada 2 Ogos, baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Berjaya Land, satu surat tuntutan melalui firma guaman mewakili Vincent Tan dan pihaknya dikemukan kepada Muhammad Sanusi kelmarin dan menggariskan lima tuntutan.
Menurut Syarikat itu, Berjaya Land membuat beberapa laporan polis terhadap Muhammad Sanusi dan beberapa blogger seperti Murray Hunter, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard dan Raja Petra Kamarudin atas penerbitan kenyataan defamasi terhadap projek SMG.
Artikle Berkaitan :>
Berjaya Land kembali kukuh dengan keuntungan bersih RM4 juta