Nasional
Video percutian Khairul Aming dapat perhatian oleh Perdana Menteri New Zealand
VIDEO percutian ke New Zealand yang diterbitkan Khairul Aming mendapat perhatian Perdana Menteri NZ, Christopher Luxon.
Susulan daripada tularnya video berkenaan, Khairul Aming diajak untuk mengadakan pertemuan kasual bersamanya.
Pertemuan pada pagi Selasa itu turut dimeriahkan dengan demonstrasi memasak roti jala dan kedua-dua mereka berbual selama 30 minit sambil bersarapan bersama.
Sumber :> Astro Awani