Auto Travel

Valkyrie AMR Pro menggegarkan litar perlumbaan Grand Prix Bahrain

PADA tahun 2018, Aston Martin telah pun memperlihatkan sebuah model konsep Valkyrie AMR Pro di Geneva Motor Show dan versi produksi telah pun dipamerkan menjelang perlumbaan pembukaan Formula 1 musim ini di Grand Prix Gulf Air Bahrain hujung minggu lalu.

Tidak seperti Aston Martin Valkyrie versi jalanan, Aston Martin telah dibangunkan dengan perhatian lebih diberikan kepada aspek aerodinamik yang lebih serius untuk model Valkyrie AMR Pro ini.

Seperti contoh, casis gentian karbon telah dimodifikasikan supaya jarak antara roda bertambah 380 mm, sementara jarak trek roda hadapan turut bertambah lebar 96 mm diikuti 115 mm di bahagian belakang.

Dengan pemasangan komponen aerodinamik serba baharu yang lebih agresif, ia dilihat menyumbang kepada penambahan dimensi 266 mm kepada panjang keseluruhan jentera ini.

Antara perubahan yang dimuatkan termasuklah splitter hadapan gentian karbon yang lebih menyerlah, arca roda hadapan yang dibentuk semula, penambahan sirip aerodinamik, cermin sisi tradisional, sayap belakang kekal, sirip ikan jerung dan juga pelindung roda.

Terima kasih kepada modifikasi yang disebutkan itu tadi Vaklyrie AMR Pro mampu menghasilkan daya turun dua kali ganda berbanding versi jalanan, selain mampu menjana daya pecutan mendatar melampaui 3G!

Unit trenkuasa hibrid asal yang datang pada Aston Martin Valkyrie telah digantikan dengan unit enjin V12 berkapasiti 6.5 liter yang dibangunkan oleh Cosworth.

Enjin ini mampu mencapai putaran enjin setinggi 11,000 rpm untuk menghasilkan kuasa 1,000 hp dan mampu mencatatkan masa 3 minit 20 saat pusingan lengkap di litar Le Mans.

Aston Martin hanya mengehadkan produksi sebanyak 40unit sahaja (termasuk 2 prototaip) untuk jentera khusus kegunaan litar ini, namun para pembeli bakal mendapat manfaat untuk merasai sendiri track day di beberapa litar terkemuka dunia.

Selain daripada itu, mereka juga bakal mendapat sut perlumbaan FIA, sesi makan malam VIP, dan tunjuk ajar secara terus daripada pelumba professional.

Sebaik sahaja Aston menyelesaikan penghantaran, semua pemilik Valkyrie akan berpeluang membawa kenderaan mereka ke program pengalaman trek khusus. Ia bermula pada musim luruh ini, membolehkan pemilik mengalami trek perlumbaan terkenal seperti Yas Marina, Silverstone, Nurburgring dan Circuit of the Americas. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button