Mahkamah

Ustaz didakwa di Mahkamah kerana buat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong

Gara-gara membuat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong menerusi kumpulan Whataspp pada November lalu, seorang penceramah bergelar ustaz didakwa di Mahmakah Sesyen Ipoh hari ini.

Ustaz didakwa di Mahkamah kerana buat hantaran jelik terhadap di-Pertuan Agong

Mengikut tertuduhAb Malik Hussain, 62 didakwa atas dua pertuduhan, dia melakukan perkara itu secara sedar dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dalam kumpulan WhatsApp ‘soal jawab tasawuf-(sufi)’.

Hantaran tersebut dilakukan pada pukul 8.30 malam di Batu 10, Kampung Pulau Padang Bota Kiri di dalam daerah Perak Tengah pada 22 November 2022.

Bagaimanapun bapa kepada dua orang itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan di Hakim Azizah Ahmad.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakw Raya Saiful Akmal Mod Said manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Khazali Yin.

Terdahulu, Saiful Akmal mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan namun Mohamad Khazali memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap.

Menurut Mohamad KhazaliAb Malik merupakan penceramah di Kelantan di mana dia dibayar sebanyak RM200 bagi setiap ceramah dengan tawaran empat ke lima ceramah sebulan.

“Tertuduh juga adalah penanggung tunggal keluarga dengan isteri yang tidak bekerja dan dua anak berusia 13 dan 10 tahun. Dia juga memberi kerjasama baik sepanjang proses siasatan,” katanya.

Mahkamah membenarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Artikle Berkaitan :>

Hina Yang di-Pertuan Agong-Pemandu e-hailing tunggu hukuman

 

Buruh dipenjara enam bulan hantar komunikasi jelik hina Agong

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button