Nasional

Usahawan kraf terus diperkasakan, sumbang pembangunan sektor pelancongan

MOTAC sentiasa mendukung Visi Kementerian Malaysia sebagai Destinasi Lestari Kaya Budaya melalui pelbagai aktiviti dan program untuk memperkasa ekosistem industri pelancongan dan kebudayaan negara.

MOTAC juga selaku peneraju diplomasi budaya sentiasa mengorak langkah memperkenal serta memartabatkan seni, budaya dan warisan Malaysia di peringkat antarabangsa sama ada secara dua hala mahupun di peringkat badan-badan pertubuhan antarabangsa seperti Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) dan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Menjawab persoalan mengenai status terkini persediaan pihak Kementerian bagi menghadapi Malaysia – Destinasi Lestari Kaya Budaya Tahun 2023, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, YB Khairul Firdaus berkata “Motac telah mempromosikan kepelbagaian budaya melalui pameran busana traditional etnik-etnik utama di Malaysia serta produk-produk kraftangan Malaysia di pejabat-pejabat kedutaan Malaysia serta pertubuhan kebudayaan di luar negara.

“Selain itu, usahawan kraf dibangun dan diperkasakan melalui program-program pembangunan industri yang dinamik yang akan menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan di Malaysia”.

Beliau berkata, Kraftangan Malaysia juga giat mengadakan program-program pembangunan industri bagi membangunkan komuniti kraf untuk menghasil dan mengeluarkan produk kraf serta berterusan mendaya upayakan usaha melatih dan memperkasa usahawan dan komuniti kraf seluruh Malaysia melalui program pembangunan produk, pembangunan kemahiran teknikal dan keusahawanan serta pemasaran kraf dalam meningkatkan mutu dan kualiti produk yang dihasilkan. -SM

Related Articles

BACA JUGA : https://suaramerdeka.com.my/motac-raikan-komuniti-kraf-tempatan/

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button