Nasional

UPSI Ungguli Pertandingan Videografi Warna Warni Alor Gajah 2023

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meraih kemenangan apabila menggondol tempat pertama bagi kategori videografi dan dua saguhati di tempat ke-4 dan ke-9 dalam pertandingan Fotografi dan Videografi ‘Warna Warni Alor Gajah’ 2023. Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung di Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka pada 27 Mei 2023 (Sabtu).

Max Raynold Sapuan, pelajar Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi UPSI memperoleh hadiah sebanyak RM1,000 sebagai habuan kemenangan, manakala hadiah saguhati diperoleh sebanyak RM100 bagi kedua-duanya iaitu Mohd Nurulakram Abd Sukor, Penerbit Rancangan Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) dan Nur Izzah Ilyana Mohd Kamal, Media Seekers UPSI.

Max Reynold (tengah), Nurul Akram (kiri) bangga dengan hadiah kemenangan yang diraih

Pertandingan bertemakan Warna Warni Alor Gajah ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka.

Dua kategori diketengahkan iaitu merangkumi fotografi dan videografi. UPSI telah menghantar sebanyak 10 penyertaan, terdiri dari enam orang pelajar dan empat kakitangan UPSI.

Pendedahan terhadap idea, kaedah penyuntingan dan penggambaran mengasah lagi bakat yang terpendam oleh setiap peserta dalam memproduksikan hasil yang luar biasa.

Tema ‘Warna Warni Alor Gajah’ ditekankan sebagai syarat utama penyertaan dan dijadikan subjek
dalam penghasilan fotografi serta videografi. Penyertaan tersebut telah dibuka selama 28 hari
bermula 1 Februari sehingga 28 Februari 2023 lalu.

Menurut Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat (BKK), Prof. Madya Dr. Mohd Izwan Shahril berkata inisiatif dalam Penunjuk Prestasi Utama (KPI) BKK merupakan pengukuhan dan pembentukan reputasi jenama unggul dengan jumlah anugerah yang dimenangi di peringkat tinggi.

KPI ini bertepatan dengan kejayaan yang telah dicapai oleh mereka.

Menurutnya lagi, BKK akan terus menyokong inisiatif tersebut dalam bertujuan membantu mencapai KPI sehingga berjaya. UPSI, terutamanya BKK berbangga kerana sekali lagi dapat memperolehi kejayaan sekaligus mengharumkan nama universiti.

Selain itu, menggilap bakat serta pendedahan pembelajaran di luar universiti merupakan tujuan utama pertandingan dianjurkan dan ternyata ia telah dibuktikan oleh penyertaan yang agak memberangsangkan oleh seluruh rakyat Malaysia. -SM

Baca juga : Penyelidik UPSI, UM, UTHM Hasilkan pemprofilan “Intelligenomics”

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button