UPSI siap mendepani revolusi pendidikan
UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) struktur kurikulum lebih holistik mendepani revolusi pendidikan
Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata UPSI kini perlu mengikuti perubahan pendidikan dan memastikan semua program yang ditawarkan sentiasa relevan dengan keperluan industri.
Ia sekali gus mempersiapkan mereka dalam mendepani cabaran dalam dunia pendidikan.
Beliau berkata demikian sempena Bengkel Pelataan Semakan Kurikulum Program Akademik UPSI Bersama Naib Canselor yang berlangsung di Scholar’s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City pada 17 Mac yang lalu.
Md Amin berkata pengubahsuaian kurikulum itu membabitkan semua fakulti yang ada iaitu Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Fakulti Sains Kemanusiaan, Fakulti Seni, Komputeran dan Industustri Kreatif, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Fakulti Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Fakulti Sains dan Matematik serta Fakulti Teknikal dan Vokasional.
“Kita akan menekan kepada 10 Agenda Pemantapan Kurikulum iaitu Syarat Kemasukan Pelajar, Pemilihan Kemasukan Pelajar Berkualiti, Pemetaan Program, Semakan Kurikulum secara Total, Isu Program Minor, Akreditasi Program (Antarabangsa), Program Mobiliti Berstruktur, Memorandum Persefahaman (MoU) Bersama Industri untuk Latihan Mengajar (LM) & Latihan Industri (LI), Projek Tahun Akhir (FYP) Pelajar Berimpak Tinggi serta Isu Penempatan (Posting Issues)” katanya.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Marzita Puteh berkata Pelataan Kurikulum dilakukan bagi memenuhi keperluan industri dan menghasilkan graduan UPSI yang berkualiti.
Katanya, ia membabitkan semua program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang bersandarkan kepada intipati Amanat Naib Canselor UPSI baru-baru ini iaitu Kecemerlangan Institusi, Pemerkasaan Pendidikan, Kelestarian Ekosistem, Keutuhan Modal Insan serta Kemampanan Penjanaan. – SM