Nasional

UPSI capai tangga 43 QS Asia University Ranking 2023: South Eastern Asia

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi mencipta sejarah pada tahun ini apabila diumumkan menduduki tangga 43 QS Asia University Ranking 2023: South Eastern Asia.

Pintu Gerbang UPSI

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata pengiktirafan itu adalah satu pencapaian dalam penarafan antarabangsa di peringkat Asia Tenggara.

Beliau berkata UPSI menyertai QS Asia University Ranking 2023: South Eastern Asia buat pertama kali pada tahun 2023 dan buat julung kalinya berada di tangga 43 .

Menurut beliau sebanyak sebelas indikator utama diambil kira bagi menilai kedudukan berkenaan iaitu dari aspek reputasi akademik, reputasi pekerja, nisbah pelajar dan pensyarah, staf fakulti dengan PhD, kertas penyelidikan per fakulti, sitasi per kertas penyelidikan, rangkaian penyelidikan antarabangsa, pensyarah antarabangsa, pelajar antarabangsa serta pertukaran pelajar antarabangsa
“Pencapaian ini membuktikan bahawa UPSI komited dalam memastikan kecemerlangan kualiti pendidikan dan guru yang dihasilkan di Malaysia ,” katanya.

Katanya, UPSI ketika ini juga berada di kedudukan pada 182 di peringkat Asia dan 801-1000 dalam penarafan QS World University Ranking.

Justeru, katanya, UPSI berhasrat untuk terus komited dalam menghasilkan graduan pendidikan berkualiti selaras dengan hasrat dan keperluan negara.

Pengarah Jabatan Strategik , Prof Madya Dr Azmi Mohamed berterima kasih kepada semua kakitangan akademik dan bukan akademik yang memberi kerjasama baik dan komited terhadap usaha melonjakkan nama UPSI menerusi QS World University Ranking itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button