Hiburan

Upiak selisih faham dengan pereka fesyen

SIAPA pun tidak akan mengaku dirinya besar kepala. Apatah lagi merasakan dirinya hebat dan setaraf dengan artis biarpun pada hakikatnya, pereka fesyen yang memerlukan seseorang artis itu memperagakan baju rekaan mereka.

Tidak terlintas untuk memihak sama ada kearah artis atau pereka fesyen bernama Jimmy, tetapi kemelut yang dikatakan telah diselesaikan sebelum naik ke pentas pertandingan, diibaratkan kalau luka itu sudah sembuh, kudis atau parutnya masih ada.

Upiak Isil datang ke Malaysia buat kali kedua dengan rekod kali pertama masuk pertandingan nyanyian, atau kata orang seberang, acara lomba!

Memang nampak Upiak seorang yang boleh ditolak ke kiri atau ke kanan, macam main pinball tetapi benarlah seperti kata wanita berasal dari Bukit Tinggi (orang Minang), dia juga ada citarasa sendiri.

Sebagai peserta yang naik ke atas pentas pertandingan, sepatutnya pereka fesyen tidak perlu menghebahkan rasa tidak puas hati di media sosial kerana itu akan mengganggu konsentrasi si peserta.

Jawapan mengapa Upiak membuat persembahan yang teruk malam tadi di Gegar Vaganza, rupa-rupanya terjawab hari ini.

Kalau gentlemen, cakap berdepan dan bukannya sindir dalam Instagram (IG) dengan alasan, memberi tips atau panduan.

Kadang-kadang tu, apabila seseorang asing datang ke negara kita, biarlah kita mengalah dan beradap. Nak balun, tunggu lepas peserta tu tersingkir. Itu lebih cantik daripada menyerang terus di IG.

Kalau kena batang hidung sendiri orang kata begini, “mujur orang bagi baju, kalau tak, nyanyi tak pakai baju” apa perasaan?

Kata Upiak, 35, dia bukanlah artis yang tidak tahu bersyukur apabila ada pihak yang sudi menaja baju sepanjang dia berdiri di atas pentas pertandingan, minggu ke minggu.

Jelas Upiak, dia tidak tolak baju itu.

“Orang dah bagi pun bersyukur. Alhamdulillah. Saya faham mereka nak fokus dengan orang lain lebih dahulu.

“Saya juga akur, badan saya tak sesuai. Kena kurus dulu. Tak semua baju kita cantik bila dipakai. Jadi, perlu lebih masa kalau nak siapkan baju cantik-cantik untuk saya,” kata Upiak.

Cuma, katanya, dia juga ada keinginan menggayakan busana dan dirasakan kena dengan lagu yang dinyanyikannya.

“Satu lagi, pihak produksi program juga akan lihat sama ada busana yang akan dipakai atau digayakan itu kena ataupun tidak.

“Kalau tak okey, mereka akan minta tukar dan saya kena cari busana lain untuk memastikan ia bersesuaian di kaca televisyen yang ada peraturannya,” katanya dan langsung tidak menafikan pereka fesyen dan rakan telah melakukan yang terbaik untuknya. – SUMBER GEMPAK – SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button