Ekonomi

UOB Malaysia ceriakan anak-anak kurang bernasib baik melalui program My Digital Space

Bersempena dengan perayaan Aidilfitri, UOB Malaysia telah menyumbangkan beberapa komputer riba bagi membangkitkan semangat pembelajaran secara digital di kalangan anak-anak kurang bernasib baik dari lapisan masyarakat di mana tahap sosio-ekonominya mencabar.

Komputer-komputer riba tersebut telah disumbangkan kepada Rumah Titian Kaseh dan Sekolah Menengah Sains Seri Puteri di bawah Program UOB My Digital Space.

UOB My Digital Space adalah suatu program pendidikan serantau tahunan yang dibangunkan bagi tujuan
merapatkan jurang digital di kalangan para pelajar yang kurang bernasib baik di seluruh rantau ini dan
juga membuka peluang mereka mengalami dunia pembelajaran secara digital.

Mohd Fhauzi Muridan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Negara Perbankan Islam, UOB Malaysia, berkata, “Walaupun perayaan Aidilfitri adalah masa untuk kita bergembira, ia juga memberi peringatan untuk kita menunaikan tanggungjawab kepada mereka yang memerlukan. Anak-anak yang kurang bernasib baik kebanyakannya tidak mempunyai akses kepada peranti digital seperti komputer riba untuk membolehkan mereka meraih peluang pembelajaran yang lebih meluas.

“Melalui sumbangan ini, kami berharap dapat menyediakan anak-anak ini dengan kaedah yang diperlukan untuk meneruskan pembelajaran di samping memperolehi set kemahiran baharu bagi membantu mereka mencorak masa depan yang lebih cerah.”

Pihak Bank juga telah menyumbangkan barangan lain termasuk set alat seni lukis kanak-kanak, set penyedut minuman mesra alam, tabung duit syiling berbentuk beruang teddy berserta duit Raya kepada Rumah Titian Kaseh, bagi menyokong inisiatif pengantaraan berasaskan nilai (atau value-based intermediaton) oleh Bank Negara Malaysia. Iannya menggalakkan usaha institusi-institusi kewangan mewujudkan impak positif di kalangan masyarakat di mana mereka berkhidmat.

Di samping itu, kelas celik kewangan telah diadakan di rumah tersebut bagi menyemai kesedaran kewangan di kalangan golongan muda.

Puan Sharifah Adlan, Pengasas Rumah Titian Kaseh, berkata, “Kami bersyukur melihat organisasi seperti UOB Malaysia hadir bagi menyokong keperluan pendidikan anak-anak dan amat menghargai usaha mereka untuk menyemai tabiat kewangan yang baik di kalangan mereka.

“Dengan bantuan ini, anak-anak jagaan kami akan berpeluang untuk terus maju dalam pembelajaran dan perkembangan mereka, bagi menyokong fokus kami dalam menyediakan keperluan asas mereka.”

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button