Ekonomi
Untung bersih Q2 Nestle meningkat kepada RM134.53 juta
NESTLE (M) Bhd (Nestle Malaysia) hari ini mengatakan keuntungan bersih suku kedua meningkat kepada RM134.53 juta berbanding RM105.53 juta tahun sebelumnya.
Ini ekoran pendapatan pengeluar produk makanan dan minuman meningkat.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Nestle Malaysia mengatakan pendapatan meningkat kepada RM1.38 bilion pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2021 (2QFY21) daripada RM1.22 bilion.