Ekonomi

Untung bersih Maxis RM1.18 bilion

RM1.18 bilion, itu keuntungan selepas cukai yang dicatatkan oleh Maxis Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Ia merosot 9.7 peratus berikutan Cukai Makmur.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasannya (EBITDA) bagaimanapun meningkat 1.6 peratus kepada RM3.938 bilion, didorong oleh hasil yang lebih tinggi.

Syarikat telekomunikasi itu mengisytiharkan dividen interim sebanyak lima sen sesaham pada suku keempat tahun kewangan 2022, menjadikan dividen tahun penuh kepada 20 sen sesaham.

“Maxis menutup tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dengan mencatatkan pertumbuhan merentasi perniagaan pengguna dan perusahaan, kekal di landasan dengan strategi konvergen.

“Berbanding tahun kewangan 2021, syarikat mencatatkan hasil perkhidmatan yang lebih tinggi dengan EBITDA dan aliran tunai bebas operasi yang stabil pada RM3.303 bilion bagi 2022,” kata Maxis dalam satu kenyataan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button