Politik

“Untuk meraih kemenangan perlu ada strategi baharu” Datuk Seri Hajah Shahaniza

Ketua UMNO bahagian Maran, Datuk Seri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin, mengakui bahawa realiti politik UMNO kini kurang mendapat sokongan dari orang ramai.

Datuk Sri Shahaniza Shamsuddin ketika ditemui di Hotel Sunway, KL

“Kita kena kerja kuat untuk dapatkan kembali sokongan itu, seperti yang dikatakan oleh presiden UMNO (Datuk Seri Zahid Hamidi), cara gerak kerja perlu berubah dan tidak boleh lagi mengikut cara lama.

“Begitu juga dengan perwakilan Pemuda, Puteri, Wanita perlu menerima bahawa kita sudah hilang sokongan dari rakyat, untuk meraih kembali kemenangan perlu ada strategik baharu’’. Jelasnya semasa sesi pertemuan di Hotel Sunway Putra.

Melihat PRN yang akan berlangsung tidak lama lagi, oleh itu Shahaniza juga sedang giat mempersiapkan untuk memperolehi kemenangan semula di Negeri Terengganu dan mempunyai dua perkara utama yang perlu diutamakan di bahagian Maran.

“Saya melihat bahawa kekalahan di Maran dalam PRU yang lepas mempunyai dua faktor, yang pertamanya isu dalaman , jika tiada faktor dalaman ini Datuk Ismail Abdul Mutalib sendiri tidak lompat parti, sepatutnya dia menerima apabila namanya tidak di calonkan dan ramai juga pengikutnya turut serta.”

“Perkara pertama yang saya perlu buat menguntuhkan dalaman UMNO di Maran  dan yang kedua pula fokus utama kepada pengundi berumur 18, kami akan uruskan untuk kedua-dua faktor ini.” Jelasnya

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button