Nasional

Unsur ‘offset’ dalam urusniaga amalan biasa, kata Tun M

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata unsur offset atau timbal balas dalam sebarang urusniaga adalah amalan biasa.

Bagaimanapun Dr. Mahathir berkata, timbal balas itu akan menjadi satu kesalahan jika wang yang diberikan dimasukkan dalam poket sendiri dan ia boleh dianggap rasuah iaitu satu kesalahan serius.

“Sama ada kamu anggap atau klasifikasikan offset sebagai rasuah, itu terpulang kepada kamu,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, menjadi amalan biasa untuk kerajaan yang berurusniaga dalam pemerolehan akan mengharapkan timbal balas atau offset.

Beliau mengulas mengenai dakwaan rasuah yang melibatkan pengeluar pesawat, Air bus dengan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia dan AirAsiaX.

Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd (AirAsia), Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes telahpun menafikan pasukan Formula 1 Caterham mempunyai sebarang kaitan dengan tuduhan rasuah yang membabitkan syarikat penerbangan itu dengan pembekalnya, Airbus SE.

Pada 1 Februari lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan Airbus dan dua eksekutif dari AirAsia, seperti didedahkan portal United Kingdom (UK).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata mengikut akta SPRM, pihaknya mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat sebarang tindakan rasuah dilakukan oleh mana-mana warga tempatan atau penduduk tetap Malaysia yang berada di luar negara.

“Dalam kes Airbus-Airasia ini, saya dengan ini mengesahkan pihak SPRM sudah menghubungi pihak berkuasa UK dan sudah memulakan penyiasatan dalam perkara ini.

“Kami mempunyai kuasa untuk menyiasat apa-apa tindakan rasuah dilakukan individu berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Portal The Telegraph dilaporkan mendakwa Airbus membayar RM204 juta dan menawarkan RM225 juta lagi untuk menaja sebuah pasukan sukan yang mempunyai kaitan dengan dua individu berpengaruh di AirAsia and AirAsiaX.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button