Pendidikan

UniMAP jalin kerjasama universiti di Singapura

SINGAPURA 21 Sept. – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) perlu terus mengorak langkah bagi memperluaskan jaringan kerjasama dan menjalinkan hubungan dengan universiti-universiti awam dan swasta di Singapura.

Antara kerjasama dan potensi yang boleh diwujudkan termasuklah dalam bidang biasiswa dan latihan, penyelidikan dan pembangunan, pertukaran pelajar dan beberapa program lain lagi.

UniMAP juga wajar meneroka potensi kolaborasi dengan pemain Industri untuk meningkatkan kemahiran praktikal mereka dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran pelajar-pelajar UniMAP sebagai industry-ready.

“Perlis juga wajar mempertimbangkan pelabur dari Singapura untuk melabur di Perlis melalui naratif ‘Perlis as gateway to Southern Thailand’.

Perlis juga boleh mengambil peluang daripda Kerangka Kerjasama Malaysia-Singapura dalam borang ekonomi digital dan ekonomi hijau (digital economy and green economy). Dalam konteks ini UniMAP dan institusi pengajian tinggi lain di Perlis serta institusi-institusi kemahiran di Perlis boleh mengambil peluang ini dan membantu Kerajaan Negeri membangunkan ekosistem ekonomi digital dan ekonomi hijau yang mampan dan circular.

Maklumat tersebut dipersembah maklumkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, TYT Datuk Dr. Azfar Mohamad Mustafar selepas menghadiri Makan Tengahari bersama deligasi ‘Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) International Leadership Mobility 2024’ di Singapura baru-baru ini.

Pertemuan tersebut adalah bersempena lawatan kerja deligasi UniMAP yang diketuai oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang turut diiringi sama oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Canselor menzahirkan agar UniMAP perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk menjalinkan hubungan dengan pusat-pusat pengajian tinggi di Singapura terutamanya universiti-universiti ini merupakan antara yang terbaik secara global bagi merapatkan jurang pendidikan mahupun kedudukan UniMAP di peringat Malaysia dan juga antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, Naib Canselor UniMAP mengadakan pertemuan dengan Assistant Director (Asia Desk) International Office dari Singapore Management University (SMU) Lim Tau Wee yang diaturkan oleh pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura sebagai perbincangan awal untuk meneroka peluang-peluang kerjasama bersama. Ketika di Singapura delegasi turut mengadakan kunjungan ke National University of Singapore (NUS) dan Singapore University of Social Sciences (SUSS).

 

Foto : Istana Arau

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button