Nasional

UniMAP anjur Kayuhan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 secara maya

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan menganjurkan ‘Kayuhan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 Secara Maya’ bermula pada 30 Ogos hingga 12 September 2021 yang akan datang ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyampaikan titah perutusan secara rakaman digital promosi penganjuran program berkenaan yang diadakan di Pejabat Tuanku Canselor, Bangunan Canselori Kampus Alam UniMAP di Pauh Putra.

Kayuhan secara virtual dan boleh disertai secara terbuka oleh orang ramai tersebut dianjurkan oleh Pusat Sukan & Rekreasi UniMAP dengan kerjasama UniMAP Cycling Group atau juga dikenali sebagai UniCG.

Menyentuh mengenai program tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP mengingatkan seluruh warga universiti bahawa ‘Walaupun kita masih dalam situasi pandemik Covid-19, namun aktiviti bersukan masih boleh dilaksanakan berpandukan kepada SOP yang dibenarkan mengikut kawasan masing-masing. Aktiviti berbasikal adalah sangat baik untuk memastikan badan kekal sihat dan mengekalkan kecerdasan minda’.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP, Leftenan Kolonel Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli yang menyambut keberangkatan Tuanku Raja Muda memaklumkan bagi yang berhasrat untuk menyertai program kayuhan ini bolehlah melayari https://forms.gle/vH58cESM5ykk1tNe9 dan mendaftarkan diri sebagai peserta mulai 20 Ogos 2021 hingga 12 September 2021. Setiap peserta kayuhan akan mengguna pakai aplikasi strava sebagai bukti penyertaan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button