Nasional

Undi awal: 85 peratus keluar mengundi

STATISTIK keluar mengundi bagi Undi Awal Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) setakat pukul 2:00 petang menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah 85 peratus.

Itu angka yang dikemaskini oleh SPR untuk setakat ini.

Sementara itu, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataannya berkata, SPR telah mengeluarkan sebanyak 365,686 kertas undi pos kepada yang berhak untuk mengundi secara pos bagi PRU 5 dan PRK DUN N.66 Bugaya, Sabah.

Beliau berkata, pengeluaran kertas undi pos bermula pada 7 November 2022 oleh Petugas Pilihan Raya di kesemua 222 kawasan Parlimen dan 117 Dewan Undangan Negeri/Dewan Negeri.

“Kesemua 365,686 kertas undi pos tersebut terdiri daripada 299,097 kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media), 48,109 undi pos bagi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada 2 di luar negara), 15,739 kategori Borang 1C (Agensi dan Organisasi) serta 2,741 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara,” jelas beliau.

Katanya lagi, proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua calon yang bertanding.

“SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus berkenaan sebelum pukul 5.00 petang pada Hari Mengundi iaitu pada 19 November 2022 (Sabtu).

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” katanya. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button