PolitikRencah Hidup

“Uncle rindukan zaman Najib.. lepas Najib jatuh, semua jatuh” – Pemandu e-hailing

SEORANG pemandu e-hailing, Wong Teck Soon, 42, yang merupakan pengundi Barisan Nasional (BN) di Kuala Kubu Bharu mengakui langsung tidak berminat untuk keluar mengundi dalam PRU15 baru-baru ini.

Katanya, dia sebagai rakyat biasa cukup sedih dan keliru untuk memilih parti atau individu yang layak diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10 kerana yang bertanding tidak memiliki rekod yang memuaskan.

“Saya orang BN.. tapi PRU15 kali memang saya tak mengundi. You tengok jari saya. Bersih. Politik Malaysia semakin karut. Lepas Najib (Datuk Seri Najib Razak) jatuh, semua jatuh.

“Uncle betul-betul rindukan zaman Najib. Najib okay, yang tak okay dia punya Michael Jackson (merujuk kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor),” katanya.

Teck Soon juga berkata BN semasa diterajui Najib, rakyat pelbagai kaum serta agama harmoni dan tidak kiralah sama ada mereka penyokong BN atau tidak, semua merasa nikmat sebagai rakyat.

“You tengok masa Najib jadi Perdana Menteri, ekonomi kita bagus, pelabur banyak datang. Tapi musuh celaka Najib, buat cerita macam-macam sampai semua orang benci.

“Dunia politik biasalah.. kena ada duit.. kalau tak main duit, macam mana rakyat nak bergerak, ekonomi nak bergerak? Tapi itu tak bermaksud kalau dapat duit, kena makan seorang macam zaman sekarang,” luahnya.

Ketika ditanya tentang Zahid Hamidi yang menerajui BN sebagai Pengerusi ketika ini, dia cukup sedih dan begitu kesal kerana sepanjang berada di dalam BN, Zahid seperti cuma fikirkan tentang kuasa dan kedudukan.

“Mana ada dia jumpa kami yang duduk jauh-jauh macam ni? Kalau zaman Najib dulu, Najib siap datang dengan dia punya secretary (pembantu) dan dengar cerita kami.

“Kami mohon dalam RMXXX,XXX untuk bantuan kelab tokong, Najib tak pernah say no. Najib bantu walaupun dia Islam, dia Melayu.. tapi keperluan rakyat lain agama, lain kaum, Najib tak pernah abaikan,” kongsi.

Dalam pada itu, Teck Soon berpendapat PRU15 adalah zaman kejatuhan BN dengan lambang dacing yang disanjung-sanjung selama ini.

“Ramai budak-budak sekarang tak tahu yang dulu BN naik dengan lambang kapal. Ada tiga orang peneraju utama, Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan V. T. Sambanthan.

“Tapi bila orang mula dan pernah tak suka lambang kapal selepas zaman tiga orang tadi, yang baharu datang terajui BN, gantikan dengan lambang dacing sampai sekarang.

“Selepas ini? Saya tak terkejut kalau logo BN akan berubah lagi dan kita sebagai penyokong BN bukan Melayu, bukan Islam, kita pun memerhati juga dan ada hak mahu yang terbaik,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button