Politik

UMNO perlu kenal pasti calon PRU16 dari sekarang

UMNO perlu mengenal pasti pemimpin yang boleh dijadikan calon Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dari sekarang bagi membolehkan mereka boleh mula berkhidmatΒ  dan mengenali pengundi di kawasan masing-masing, dengan lebih baik.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, dari itu ia boleh dijadikan kaedah tapisan awal untuk memastikan calon dipilih adalah tepat dan betul-betul dikenali, serta diterima pengundi setempat.

“Pemimpin UMNO di peringkat negeri akan mengenal pasti dan kita akan pantau mereka, kena buat kerja dari sekarang, jadi boleh tengok, dapat maklum balas rakyat suka, jalanlah…tapi kena persetujuan daripada presiden (UMNO) jugalah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau pada Sabtu.

Turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO di kawasan yang tidak dimenangi parti itu, supaya menggunakan kaedah berbeza dalam menyampaikan khidmat lebih berkesan kepada rakyat.

“Kita kena belajar melihat kedudukan kita bukan wakil rakyat (di sesuatu kawasan itu), jadi kalau kita nak meneruskan khidmat, kita kena buat dengan cara yang berbeza,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button